Wednesday 14 December 2011

LAporan To-do list

Oleh kerana tidak dapat konvertkan laporan kami ke pdf file... oleh itu, kami postkan laporan kami di sini~ Semoga dimaafkan~




Tajuk kumpulan kami  ialah “Design and develop a to do list using WPF and .net framework . This is standalone application.You can use either C++ or C#” ..

Langkah-langkah Penyelesaian Soalan..
1.       Mencari maksud WPF melalui internet
2.       Melalui  wikipedia, kami  mendapati bahawa WPF ialah sejenis komputer perisian yang dikeluarkan oleh Microsoft  dan merupakan sebahagian daripada .net framework 3.0
3.       Kami mencari cara melalui internet untuk menggunakan WPF tersebut untuk membuat to-do list
4.       Kami juga mencari forum yang membincangkan tentang WPF
5.       Selain itu, kami juga meminta nasihat daripada lecturer
6.       Di samping itu, mesyuarat dilakukan untuk membincangkan soalan yang diberikan dan cuba mencari solusion.




Dalam application kami, kita perlu
1.       mengisikan task yang kita mahu buat, tarikh yang dijalankan, status  task tersebut dalam kategori “Not started”,“In progress”, “Completed”,”Deferred”dan “Waiting for someone else”
2.       Kita juga akan mengisikan peratusan task yang disiapkan
3.       Masa mula dan masa akhir task yang perlu dibuat juga disediakan
4.       Sebarang catatan tentang task yang perlu dibuat juga boleh dicatatkan
5.       Selepas task diisikan, task tersebut akan direkodkan di dalam library
6.       Kita boleh memeriksa task yang perlu dibuat melalui to-do list yang disediakan oleh kami

Sunday 11 December 2011

PT 32

9.12.2011 - hari ini merupakan hari terakhir untuk membuat alatan-alatan dan perhiasan untuk pesta ini  sebelum hari "Pesta Tanglung ke-32" di anjurkan.. saya sebagai ajk AHP iaitu kumpulan Alatan Hiasan dan  Pentas. masih ada kerja yang belum disiapkan padahal hari penganjuran akan sampai dalam masa jam kurang daripada 24jam... ahli kumpulan saya berganding-bahu bersama-sama memcuba sedaya upaya untuk menyiapkan semua kerja sebelum masa sampai.. kita mempunyai rehearsal pada pukul 1+am dan hanya boleh balik pada pukul 4+am.. 7.30am perlu sampai ke dectar lagi untuk menyiapkan kerja yang belum disiapkan..

10.12.2011- hari PT-32 dianjurkan pada hari ini... hari ini.. banyak kerja yang perlu disiapkan.. sehingga saya tiada masa untuk makan dari pagi sehingga pukul 7+pm lebih hanya dapat makan...
8+pm.... Pesta Tanglung sudah bermula... ahli kumpulan kami berasa tegang di belakang stage kerana kita juga bertanggungjawab untuk memindah alat-alatan yang diperlukan untuk kegunaan dalam drama kita... sekiranya salah memindah barang yang diperlukan atau buat sesuatu yang salah... drama tidak dapat dijalankan dengan seterusnya... nasib baik.. tiada apa kesalahan yang dibuat.. dan PT-32 dikira dibuat dengan sempurnanya......

Tuesday 6 December 2011

Teknologi TERKINI?!!?!

 Teknologi TERKINI?!!?!

 Satu kipas berdiri yang dijumpai di fakulti saya.... Saya berasa 'ia' patut  memakai 'baju' yang sepadan dengan 'ia'..kan?! haha...
 Oooppsss!!!!!!! kipas berbogel~ ><"                                                        inilah rupa sebenarnya~!!
ooppss!! KIPAS bersoket BERBOGEL?!?!?!                                     oh~~inilah rupa sebenarnya~

Monday 5 December 2011

FTSM

FTSM merupakan salah satu fakulti yang terdapat di UKM. Fakutli ini mengutamakan IT (Teknologi Maklumat)  dan dikenali sebagai Fakulti Teknologi Sains Maklumat . Banyak makmal komputer disediakan untuk keperluan siswazah . Kebanyakan makmal kompter dilengkapi dengan kemudahan yang baik seperti penghawa dingin, komputer yang moden dan internet yang cepat dan stabil . Selain itu , siswazah yang ingin memasuki lab perlu mengunakan matrik kad untuk akses .

FTSM mempunyai 2 dewan yang dikenali sebagai Dewan kuliah dan Dewan multimedia . Kedua-dua Dewan ini mempunyai tahap yang standard . Dewan Kuliah mempunyai tempat duduk yang boleh dipenuhi oleh sebanyak 200 siswazah .

Konklusinya, FTSM mempunyai faciliti komputer dan internet yang mampu menampung keperluan pelajar untuk melayari internet . Alat -Alat yang disediakan amat bermanfaat kepada siswazah untuk berlajar dan melengkapi perlajaran mereka.

Saturday 3 December 2011

Friendster>> FACEBOOK

 Pada mulanya, saya mula main Friendster yang juga popular pada masa itu..Friendster membolehkan saya berkenal-kenal dengan orang yang datang dari tempat lain malahan orang Japan juga dapat dikenalkan.Namun, semakin banyak orang yang menggunakan  facebook mendorong saya untuk membuat satu akaun di Facebook. Bermulalah hidupan saya dengan kemunculan facebook.. Pada masa saya mula main Facebook, Facebook masih tidak sangat popular dalam kalangan kita, oleh itu masa itu biasanya saya buka facebook akaun untuk main facebook game yang menarik sahaja. Selepas satu ketika masa, kawan saya yang mempunyai akaun facebook semakin banyak, bermulalah saya main "Friends For Sale" yang agak popular juga pada masa itu. Tetapi, lama-kelamaan kemudiaan, sudah boring dengan game yang ada pada facebook, kini, biasanya saya buka akaun facebook bertujuan untuk berhubung dengan kawan saya, saling mengujung profile kawan untuk berhubung atau "chitchat" sesama lain.Dengan kewujudan facebook, saya boleh berhubung dengan kawan saya yang jarang berjumpa dan masih boleh mendapat tahu hal-hal yang berlaku pada mereka pada masa terkini. Saya rasa saya susah untuk menjauhkan diri daripada 'dogaan' facebook melainkan kawan saya yang memain facebook semakin kurang... haha..

Dunia tanpa ICT?!!!!!!!!!

Tanpa Ict, kita akan mengalami kesusahan dalam komunikasi dengan orang dari jarak yang jauh. Dengan kegunaan ICT, kita boleh menggunakan alat seperti telefon, internet dan sebagainya untuk berhubung dengan kawan,ahli keluarga atau business partner dengan efiksyen. Tanpa IICT, kita tidak dapat berhubung dengan orang lain dan tidak dapat berbincang sesuatu yang penting dengan orang yang berkenaan dan akan melahankan penghasilan kerja. Kesimpulannya, zaman kini, kita tidak  boleh mengabaikan perkhidmatan ICT dalam kehidupan harian, tanpa ICT, kita tidak boleh menghasilkan produk dan urusan harian tidak dapat dijalankan pada zaman moden ini.

Friday 2 December 2011

Kecanggihan teknologi maklumat

Kecanggihan teknologi maklumat membolehkan kehidupan kita menjadi lebih selesa, mudah, cepat dan seronok. Contohnya, dengan kemudahan internet, kita dapat mencari sesuatu maklumat dengan hanya melalui laman web tanpa perlu pergi ke perpustakaan untuk mencaru buku-buku atau majalah, risalah yang diperlukan dengan cara yang selesa dan cepat. Selain itu, dengan kewujudan alat-alat mekanikal seperti iphone, telefon android, ipad , ipod dan lain-lain, kita boleh menikmati kehiburan yang menarik seperti android game yang paling popular iaitu 'angry bird' yang juga menguji kemampuan pemain dalam teori fizik yang perlu mengagak jarak dan tenaga yang diperlukan untuk memecahkan tembok itu. Kesimpulannya, kemajuan teknologi maklumat memang meembawa banyak keselesaan kepada kita dalam kehidupan harian.